PANDUAN MEMBELI HARTANAH LELONG
Anda ingin membeli hartanah lelong? Akan tetapi kurang pasti bagaimana hendak bermula dan apa yang perlu dibuat?
Pihak kami ada sedikit panduan untuk anda!
Di sini kami sertakan beberapa panduan asas untuk anda yang ingin membeli hartanah lelong.
Kenalpasti Kemampuan Diri dan Kewangan
Ini langkah penting untuk pada rakan2 yang ingin membeli hartanah lelong. Ramai yang beranggapan dengan hanya ada 10% deposit, mereka sudah boleh membeli hartanah lelong.
Sebenarnya anda perlu lihat dulu kemampuan diri dari segi kewangan sebelum masuk membida hartanah lelong. Jika anda ingin beli hartanah dengan menggunakan loan, anda perlu pastikan kelayakan loan tiada masalah sebelum membeli. Untuk semak kelayakan loan, saya sarankan agar anda semak dengan mana2 pegawai bank atau penasihat pinjaman (mortgage broker)
Selain dari deposit 10%, anda juga perlu bersedia dari segi modal untuk perkara2 lain seperti yuran guaman, kos repair, kos bayaran tunggakan dan kos renovasi.
Kami sarankan sebelum anda bermula, seeloknya anda mempunyai nilai tunai sebanyak 20% dari harga hartanah yang ingin anda beli. Lagi banyak, lagi bagus!
Kenalpasti Lokasi hartanah yang ingin dibeli
Di sini anda perlu tahu apa objektif pembelian anda.
Adakah anda ingin duduk di rumah tersebut? Atau adakah pembelian tersebut untuk pelaburan?
Lain orang ada selera yang berlainan. Satu rumah yang membuatkan seseorang sungguh teruja, mungkin tidak diminati oleh orang lain.
Kalau dari segi pelaburan, anda perlu kenalpasti game pelaburan anda. Adakah untuk disewakan? Atau untuk kenaikan harga? Setiap orang ada lokasi kegemaran mereka sendiri. Apa yang perlu anda buat adalah cari lokasi kegemaran anda dan kenali lokasi tersebut sehingga anda mahir. Anda tahu komposisi penduduknya, lauan lalulintas, bekalan dan permintaan etc.
Yang penting jangan jadi pelabur ikut-ikutan. Bila orang lain membeli di satu-satu kawasan, anda pun turut sama nak membeli tanpa mengetahui sebab musababnya.
Dapatkan Butiran Penting Lelongan
Untuk melihat senarai lelong terkini, anda boleh lihat di ruangan listing di blog ini. Ada banyak jenis rumah untuk dilelong dan listing ini diupdate secara mingguan oleh pihak kami.
Sekiranya anda jumpa hartanah yang anda minat, boleh terus hubungi pihak kami untuk mendapatkan butiran lanjut tentang hartanah lelong tersebut. Pihak kami akan membantu anda segi proses lelongan dan khidmat nasihat.
Antara perkara penting yang perlu diketahui adalah :
- Alamat lengkap hartanah
- Maklumat untuk membuat carian hakmilik
- Tarikh Lelong
- Jumlah Deposit dan Penama Bank Draft
- Siapa tanggung tunggakan maintenance, cukai-cukai dan utility
Membuat Site Visit dan setkan limit bidding
Setelah anda ada butiran tentang hartanah yang ingin dibida, adalah amat digalak kan agar anda membuat lawatan ke lokasi hartanah tersebut. Untuk rumah lelong, anda tidak dibenarkan melihat keadaan dalam hartanah melainkan dengan izin pemilik asal yang sah ( biasanya jarang ada peluang begini). Jika anda tidak dapat lihat keadaan dalam rumah, memadai hanya dengan melihat keadaan luar dan persekitaran dan anda perlu membuat penilaian sendiri sama ada hartanah tersebut berbaloi untuk dibeli atau tidak.
Bila anda telah membuat lawatan dan kajian, anda perlu set kan limit bidaan anda. Berapa tinggi harga yang anda sanggup lawan. Limit ini perlu dibuat berdasarkan kos-kos yang mungkin perlu ditanggung, perbandingan dengan harga pasaran dan juga objektif pembelian anda.
Jaga Emosi Ketika Membida
Apabila tiba hari lelongan, anda perlu bersedia dari segi dokumen yang diperlukan. Anda juga boleh menggunakan khidmat kami untuk mewakili anda pada sessi lelongan.
Apa yang penting, anda perlu menjaga emosi ketika membida. Hanya lawan bidaan mengikut harga limit yang telah anda tetapkan. Jangan beremosi ketika mengangkat pedal bida hanya kerana ada pembida lain yang menawarkan harga yang lebih tinggi dari anda. Situasi ini mungkin kelihatan remeh pada anda, tapi saya sudah melihat bagaimana rancaknya bidaan apabila ada ramai pembida dan diselangi dengan tepukan2 dari orang ramai. Kita pasti akan rasa teruja untuk memenangi bidaan tersebut. Jika pihak kami yang mewakili anda, risiko emosi dapat dielakkan kerana pihak kami akan mengikut limit yang telah anda tetapkan tanpa sebarang emosi.
Harus anda ingat ya ! Anda membeli hartanah lelong untuk dapatkan pembelian yang berbaloi. Bukan untuk kepuasan ego menang bidaan.
Sekiranya anda masih ragu-ragu dan kurang yakin, anda boleh hubungi pihak kami untuk bantuan pembelian hartanah lelong. Kami akan cuba bantu anda dari segi khidmat nasihat dan menjadi wakil anda semasa sessi bidaan.
No comments:
Post a Comment